Selamat Datang

ramlanhamzah.com
Saya Ramlan Hamzah adalah seorang kaunselor berdaftar dan berlesen. Saya mengendalikan sesi kaunseling secara online sama ada melalui kaedah chat ataupun secara kaedah e-mel sejak 12 tahun yang lalu. Kelayakan dan kepakaran saya adalah dalam bidang kaunseling pelajar, motivasi pelajar, kaunseling keluarga dan perundingan keibubapaan.

Melalui kaunseling online ini, saya akan membantu anda untuk mengenali kesukaran yang anda hadapi dan sama-sama kita mencari jalan untuk menangani pemasalahan yang anda hadapi. Insya Allah, perubahan yang positif akan anda rasai selepas beberapa siri e-mel atau chat yang kita alami bersama.

Lihat profil kaunselor untuk mengenali saya lebih lanjut.


Fakta Mengenai Kaunseling Yang Anda Perlu Tahu…
» SANGSI
“Masalah saya terlalu rumit dan memalukan untuk saya luahkan kepada kaunselor.”
» FAKTA
Setiap masalah boleh ditangani. Malu hanyalah merupakan perasaan yang tidak rasional. Kaunselor adalah seorang yang mesra, penyimpan rahsia, tidak menuduh dan akan membaca dan mendengar setiap masalah yang dinyatakan secara teliti
» SANGSI
“Orang yang pergi berjumpa kaunselor adalah orang yang sakit mental dan lemah peribadi.”
» FAKTA
Ramai antara kita yang menghadapi kerunsingan atau kekeliruan pada beberapa tahap dalam kehidupan kita. Kaunseling merupakan langkah pertama dan bijak untuk anda mengurangkan atau menghilangkan kerunsingan ini sebelum menjadi parah. Pergi ke sesi kaunseling tidak menggambarkan anda bermasalah mental atau lemah, tetapi ia memberi gambaran ada kesungguhan dan kekuatan anda untuk memperbaiki diri ke arah kecemerlangan.
» SANGSI
“Berhadapan dengan masalah dan isu peribadi akan mempengaruhi keperibadian saya tetapi saya tidak ada masa untuk berbicara dengan kaunselor.”
» FAKTA
Menyelesaikan masalah pada peringkat awal adalah lebih baik daripada masalah yang telah parah dan akan menjadi satu ancaman kepada kesihatan mental dan emosi anda. Tidak ada masa terbaik atau “ideal time” sebenarnya untuk menyelesaikan masalah kecuali ia perlu dilakukan dengan segera.
» SANGSI
“Saya takut orang lain tahu saya berjumpa dengan kaunselor.”
» FAKTA
Kita hanya berjumpa secara maya. Tidak akan ada orang lain yang tahu kecuali Allah sahaja.
» SANGSI
“Saya tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaan saya.”
» FAKTA
Luahkan sahaja apa yang anda rasa dan alami. Saya akan sedaya upaya memahami perkara yang anda cuba sampaikan.

Apa Itu Kaunseling Maya?

Cara yang tradisi ialah dengan memberikan kaunseling dengan cara bersemuka. Kaunseling maya memberikan perkhidmatan yang sama cuma ia menggunakan modaliti emel ataupun chat. Cara ini lebih mudah dan pantas. Kaedah ini bukan menggantikan kaedah bersemuka tetapi ia memberikan kaedah pilihan kepada anda yang memerlukan.


Mengapa Kaunseling Maya?

  • Kemungkinan anda tidak suka keluar rumah untuk bertemu kaunselor secara bersemuka.
  • Kemungkinan anda malu untuk berjumpa kaunselor secara bersemuka.
  • Kemungkinan anda terlalu sibuk untuk menemui kaunselor secara bersemuka
  • Kemungkinan anda tidak tahu di mana untuk mencari kaunselor yang berkelayakan

Lihat soalan lazim untuk persoalan yang sering ditanya.


masalah

Tahukah Anda?

  1. Kira-kira 450 juta orang di seluruh dunia mengalami gangguan mental tertentu seperti kemurungan, skizofrenia dan gangguan bipolar tetapi hanya tidak sampai separuh yang ingin mendapatkan rawatan. (Laporan WHO).
  2. Menjelang tahun 2020, penyakit mental dan emosi (jika tidak dirawat awal) kemungkinan mewakili 15% daripada penyakit global.
  3. Di Malaysia, pada tahun 2008 terdapat 400,227 pesakit mental telah mendapat bantuan psikiatri, peningkatan sebanyak 15.6% pada tahun sebelumnya.
  4. Tinjauan Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi ke-3 pada 2006 data menunjukkan masalah kesihatan mental di kalangan remaja semakin meningkat.
  5. Kaum wanita lebih cenderung menghadapi masalah kesihatan mental dengan peratusan mereka yang terbabit mencatatkan 12.1% berbanding 10.4% bagi kaum lelaki.
  6. Lima dari 10 punca utama kecacatan adalah berkaitan dengan penyakit mental. Kemurungan dijangka menjadi punca kedua menjelang 2020.
  7. Di Malaysia kadar bunuh diri telah meningkat kepada antara sembilan dan 12 orang bagi setiap 100,000 populasi, berbanding 8 orang pada tahun 1980-an.
  8. Penyakit mental dan emosi juga menjadi punca kepada perbuatan bunuh diri yang jumlahnya semakin meningkat iaitu satu kematian setiap 40 saat.
  9. Penafian di kalangan orang ramai terhadap penyakit mental merupakan satu daripada halangan utama pesakit dari mendapat rawatan awal.
  10. Orang ramai lebih suka membiarkan penyakit itu hilang sendiri, atau pergi mendapatkan khidmat bomoh berbanding untuk mendapatkan rawatan secara profesional.

 
Kebahagiaan

Masalah boleh bermula dari situasi yang sangat kecil. Ia boleh menjejaskan aspek mental dan emosi seseorang. Jika ia tidak dikawal dengan meluahkan perasaan kepada mereka yang boleh mendengar atau kepada mereka yang lebih profesional seperti guru bimbingan, kaunselor dan seumpamanya maka masalah itu akan cepat merebak sehingga ia tidak boleh lagi dikawal dan dirawat. Oleh itu berbincanglah dengan kaunselor tentang tahap kesihatan mental dan emosi anda. Semoga hidup kita lebih ceria, bahagia dan sejahtera.

Salam hormat dari saya,

Dr. Ramlan Hamzah
(Kaunselor Berdaftar & Berlesen)
http://www.facebook.com/Dr.Ramlan.Hamzah