Profil Kaunselor

Saya Ramlan Hamzah merupakan kaunselor online anda. Saya berpengalaman mengendalikan sesi kaunseling secara dalam talian (online) sama ada melalui kaedah chat ataupun secara kaedah e-mel sejak 12 tahun yang lalu. Kepakaran saya ialah dalam bidang kaunseling pelajar, motivasi pelajar, kaunseling rumah tangga dan perundingan keibubapaan.

Melalui kaunseling saya akan membantu anda untuk mengenali kesukaran yang anda hadapi dan dapat mengenal kekuatan diri anda untuk menangani pemasalahan yang anda hadapi. Insyallah, perubahan yang positif akan anda rasai selepas beberapa siri e-mel atau chat yang kita alami bersama.

Berikut merupakan biodata mengenai diri saya;

Nama Kaunselor:

Dr Ramlan Hamzah

Pengalaman Kaunseling:

  1. Kaunseling Bersemuka Secara Individu dan Kelompok (25 tahun)
  2. Kaunseling Melalui Telefon sejak 1992
  3. Kaunseling Melalui E-mel dan Chat sejak 2005

Mengendalikan sesi kaunseling secara online semenjak tahun 2000.  Telah mempunyai lebih dari 800 klien secara online dan telah memberi khidmat perundingan kepada guru kaunseling, guru bimbingan dan guru disiplin seluruh negara.   Membantu membina modul pengurusan tingkah laku, pengurusan pelajar, pementoran, personaliti pelajar, psikometrik,  peringkat institusi dan kebangsaan.

Kerjaya:

  1. Guru Bimbingan di SM Jeram Kuala Selangor (1984-88)
  2. Guru Kaunseling di SM Seaport, Kelana Jaya, Selangor (1992)
  3. Pensyarah dan Kaunselor di Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayun Melaka (1992-1996)
  4. Pensyarah dan Kaunselor sejak 1996

Kelayakan:

  1. Doktor Falsafah (Bimbingan dan Kaunseling), UKM, Bangi.
  2. Sarjana Pend (Bimbingan dan Kaunseling) UKM, Bangi.
  3. Sarjana Muda Pend (Bimb dan Kaunseling) UPM.
  4. Berdaftar Dengan Majlis Kaunselor Malaysia.
  5. Mempunyai Lesen Amalan Kaunseling Dari Majils Kaunselor Malaysia.
  6. Menjadi Ahli ISMHO (International Social Mental Health Organisation)

Menulis Buku:

  1. Asas Kaunseling Keluarga
  2. Kemahiran Belajar
  3. Psikologi Pendidikan
  4. Bimbingan dan Kaunseling Untuk KPLI

buku-buku
Menulis Artikel:

  1. Berita Harian – Kolum Bersama Dr Ramlan Hamzah
  2. Majalah Infiniti
  3. Majalah MIDI
  4. Teknokrat
  5. RRET (Recent Reasearch In Technologies)
  6. Perkahwinan.com.my

Pengalaman Berkaitan:

  1. Mengendalikan kursus motivasi pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia
  2. Rancangan Nur Huda di Radio Melaka (Bimbingan di Radio)
  3. Bernama News Astro 502 (27-28 Jan 2011) Kemurungan dan Histeria
  4. Ceramah tentang kemahiran kaunseling di institusi pendidikan, institusi kerajaan dan swasta.